Pintu Ar Rayyan

Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa.

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu ke dudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah me nyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan me manggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Sunday, 27 September 2009

Siapa Mordachi Elyaho?

.

Dengar Sini Dunia - Aku Adalah Mordachi Elyaho.
.
Seorang Rabbi Yahudi-Zionis, Mordachi Elyaho telah mengeluarkan arahan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan menyerang orang-orang Palestin.
.
Menurut akhbar dari Arab Saudi, Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa serangan Israel di Gaza sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap jenayah seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh".
.
Pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa sama sekali tidak akan serik melakukan pembunuhan terhadap orang Palestin. Walau berapa jumlah orang Palestin yang mati, ujar Rabbi itu.
.
Rabbi, Mordachi Elyaho, yang berpegang kepada ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionis.

.
Rabbi Mordachi thelah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, semuka penuh dalam akhbar mingguan, yang berisi artikel yang menyuruh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.
.
"Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggungjawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya kepada Olmert.
.
Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan operasi tentera ke Gaza.
.
Menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk: "Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah".
.
.
Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya.
.
Dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10,000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palelstin ", tegas Rabbi Sholomon.
.
Dalam Mazmur mengatakan: " Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zio ni s-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuh orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. I ni sudah menjadi keyakinan mereka.
.

No comments:

Post a Comment

Berita Hangat