Pintu Ar Rayyan

Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa.

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu ke dudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah me nyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan me manggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Tuesday, 6 October 2009

Cinta Pada Rasulullah

.
Sejauh manakah cinta kita pada Allah? Pada keluarga kita? Pada saudara kita? Pada kedua ibubapa kita? Pada Rasulullah s.a.w. yang telah 1400 tahun meninggalkan kita. Adakah cinta kita pada Rasulullah dengan menyambut Maulidur Rasul? Dengan berarak? Adakah ini pernah diadakan pada zaman Rusulullah? Pada zaman para sahabat? Pada zaman tabi'een?
.
Atau berkhalwah seperti Rasulullah yang bercinta dengan Allah. Atau kita mengamalkan sunnah-sunnahnya. Bukan mengamalkan agama mengikut adat.

.


.

Khalid Ibni Al-Waleed sanggup meletakkan pedangnya semasa dalam perang Yarmuk semata-mata kerana tidak mahu kehilangan rambut Rasulullah s.a.w. yang disimpannya dalam sebuah kotak kecil pada topi besinya. Begitu besarnya cinta sahabat pada Rasulullah walaupun baginda telah tiada.
.
http://surauarrayyan.blogspot.com/
.

No comments:

Post a Comment

Berita Hangat