Pintu Ar Rayyan

Pintu ar-Rayyan khas buat orang berpuasa.

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu ke dudukannya di sisi Allah sangat mulia di mana Allah me nyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan me manggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Wednesday, 14 October 2009

Khutbah Terakhir

.

Ramai antara kita yang terlupa akan pesanan baginda Rasulullah s.a.w. dalam Khutbah terakhir pada umatnya 1400 tahun dahulu. Hayati pesanan ini di mana lengkaplah sudah agama sebagaimana yang tercatit kitab Al-Quranul Karim (tidak seperti agama dan ajaran lain yang tidak dicatitkan lengkapnya agama-agama tersebut di dalam kitab mereka) untuk diserahkan pada umatnya.

.

.

http://surauarrayyan.blogspot.com/

Tuesday, 13 October 2009

Ulat Mulong

.
Saja nak kongsi dengan sahabat-sahabat. Sebagaimana yang ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong, berikut adalah antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin".
.
Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian.
.
Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`e yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya. Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai) "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".
.
.
Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.
.
Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut: -
.
.... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.
.
.

Sunday, 11 October 2009

Gempa di Padang

.
"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
.
17.16 (QS. Al Israa' ayat 16):


.

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
.
And when We decide to destroy a town (population), We (first) send a definite order (to obey Allah and be righteous) to those among them [or We (first) increase in number those of its population] who are given the good things of this life. Then, they transgress therein, and thus the word (of torment) is justified against it (them). Then We destroy it with complete destruction.

.

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58):

.
"Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

.

And there is not a town (population) but We shall destroy it before the Day of Resurrection, or punish it with a severe torment. That is written in the Book (of our Decrees)
.
8.52 (QS. Al Anfaal: 52):

.
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaanNya."

.

Similar to the behaviour of the people of Fir'aun (Pharaoh), and of those before them; they rejected the Ayat (proofs, verses, etc.) of Allah, so Allah punished them for their sins. Verily, Allah is All-Strong, Severe in punishment.

.
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
.
Sumber; Eramuslim
.









.

.

http://surauarrayyan.blogspot.com/

.

Tuesday, 6 October 2009

Untuk Wanita

.
Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...
.
Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah.
.
Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin........
.
Caranya :
.
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
.
2. Tiup dalam air dan minum.
.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
.

.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
.
Selamat beramal.
.
.

Cinta Pada Rasulullah

.
Sejauh manakah cinta kita pada Allah? Pada keluarga kita? Pada saudara kita? Pada kedua ibubapa kita? Pada Rasulullah s.a.w. yang telah 1400 tahun meninggalkan kita. Adakah cinta kita pada Rasulullah dengan menyambut Maulidur Rasul? Dengan berarak? Adakah ini pernah diadakan pada zaman Rusulullah? Pada zaman para sahabat? Pada zaman tabi'een?
.
Atau berkhalwah seperti Rasulullah yang bercinta dengan Allah. Atau kita mengamalkan sunnah-sunnahnya. Bukan mengamalkan agama mengikut adat.

.


.

Khalid Ibni Al-Waleed sanggup meletakkan pedangnya semasa dalam perang Yarmuk semata-mata kerana tidak mahu kehilangan rambut Rasulullah s.a.w. yang disimpannya dalam sebuah kotak kecil pada topi besinya. Begitu besarnya cinta sahabat pada Rasulullah walaupun baginda telah tiada.
.
http://surauarrayyan.blogspot.com/
.

Body Shots

.
Amazing body shots
.
Almost all of the following images were captured using a scanning electron microscope, Incredible details of 1 to 5nm (nanometer) in size can be detected.
.
1. Red Blood Cells
They look like little cinnamon candies here, but they're actually the most common type of blood cell in the human body - red blood cells (RBCs). These biconcave-shaped cells have the tall task of carrying oxygen to our entire body; in women there are about 4 to 5 million RBCs per micro liter (cubic millimeter) of blood and about 5 to 6 million in men.. People who live at higher altitudes have even more RBCs because of the low oxygen levels in their environment.
.

.
2. Split End of Human Hair

Regular trimmings to your hair and good conditioner should help to prevent this unsightly picture of a split end of a human hair.

.

.

3. Purkinje Neurons

Of the 100 billion neurons in your brain. Purkinje (pronounced purr-kin-jee) neurons are some of the largest. Among other things, these cells are the masters of motor coordination in the cerebellar cortex. Toxic exposure such as alcohol and lithium, autoimmune diseases, genetic mutations including autism and neurodegenerative diseases can negatively affect human Purkinje cells.
.

.
4. Hair Cell in the Ear
Here's what it looks like to see a close-up of human hair cell stereo cilia inside the ear. These detect mechanical movement in response to sound vibrations.
.
.
5. Blood Vessels Emerging from the Optic Nerve
In this image, stained retinal blood vessels are shown to emerge from the black-colored optic disc. The optic disc is a blind spot because no light receptor cells are present in this area of the retina where the optic nerve and retinal blood vessels leave the back of the eye.
.
.
6. Tooth Plaque
Brush your teeth often because this is what the surface of a tooth with a form of “corn-on-the-cob� plaque looks like.
.
.
7. Blood Clot
Remember that picture of the nice, uniform shapes of red blood cells you just looked at? Well, here's what it looks like when those same cells get caught up in the sticky web of a blood clot. The cell in the middle is a white blood cell.
.

.

8. Alveoli in the Lung

This is what a colour-enhanced image of the inner surface of your lung looks like. The hollow cavities are alveoli; this is where gas exchange occurs with the blood.

.

.

9. Lung Cancer Cells

This image of warped lung cancer cells is in stark contrast to the healthy lung in the previous picture.

.

.

10. Villi of Small Intestine

Villi in the small intestine increase the surface area of the gut, which helps in the absorption of food. Look closely and you will see some food stuck in one of the crevices.

.

.

11. Human Egg with Coronal Cells

This image is of a purple, colour-enhanced human egg sitting on a pin. The egg is coated with the zona pellicuda, a glycoprotein that protects the egg but also helps to trap and bind sperm. Two coronal cells are attached to the zona pellicuda.

.

.

12. Sperm on the Surface of a Human Egg

Here's a close-up of a number of sperm trying to fertilize an egg.

.

.

13. Human Embryo and Sperm

It looks like the world at war, but it is actually five days after the fertilisation of an egg, with some remaining sperm cells still sticking around. This fluorescent image was captured using a confocal microscope. The embryo and sperm cell nuclei are stained purple while sperm tails are green. The blue areas are gap junctions, which form connections between the cells.

.

.

14. Colored Image of a 6 day old Human Embryo Implanting

.


.

Tuesday, 29 September 2009

Al Quran Digital

.
.
Salam untuk semua..Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT. KLIK DI SINI.
.
.
Hadiah utk kamu semua. Tak payah beli quran. Tapi jangan langkah komputer ni. Buatlah macam senaskah qura'an juga.Kalau pun malas nak ambil Quran atau Untuk kaum perempuan kalau yang datang haid tak menjadi masaalah... Sekurang-kurangnya kalau di pc ni boleh klik saje. Selamat membaca.
.
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)
.
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
.

Monday, 28 September 2009

Rahsia Al-Quranul Karim

Assalamualaikum.
.
HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM
.
BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
.
AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
.
Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya (InsyaAllah), dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
.
Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
Hadith yang lain mengatakan: Barang siapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekaliialah azab neraka.
.
SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
.
SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
.
SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akanterselamat dari kejahatan para penjahat.
.
SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
.
SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
.
SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpeliharadari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
.
SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
.
SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
.
SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
.
SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
.
SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangbercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
.
SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t.
.
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
.

SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangselalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yangburuk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu airitu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
.
SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
.
SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
.
SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
.
SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
.
SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.
.
SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."
.
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
.
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
.
SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
.
SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. "Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina. "[Al-Mukmin: 60]
.

Sunday, 27 September 2009

Mukjizat

.
Ingatkah anda akan mukjizat baginda Rasulullah s.a.w. yang membelah bulan dengan izin Allah? Ini kesannya. Dikaji oleh pengkaji barat.
.

.http://surauarrayyan.blogspot.com.

Di Manakah Tempat Ini?

.
INILAH BANDARAYA GAZA. Pemandangan sebelum dibom oleh tentera Yahudi laknatullah.









.

Siapa Mordachi Elyaho?

.

Dengar Sini Dunia - Aku Adalah Mordachi Elyaho.
.
Seorang Rabbi Yahudi-Zionis, Mordachi Elyaho telah mengeluarkan arahan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan menyerang orang-orang Palestin.
.
Menurut akhbar dari Arab Saudi, Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa serangan Israel di Gaza sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap jenayah seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh".
.
Pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa sama sekali tidak akan serik melakukan pembunuhan terhadap orang Palestin. Walau berapa jumlah orang Palestin yang mati, ujar Rabbi itu.
.
Rabbi, Mordachi Elyaho, yang berpegang kepada ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionis.

.
Rabbi Mordachi thelah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, semuka penuh dalam akhbar mingguan, yang berisi artikel yang menyuruh orang-orang Yahudi, tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.
.
"Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggungjawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya kepada Olmert.
.
Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan operasi tentera ke Gaza.
.
Menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk: "Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah".
.
.
Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya.
.
Dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10,000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan membunuh orang-orang Palelstin ", tegas Rabbi Sholomon.
.
Dalam Mazmur mengatakan: " Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zio ni s-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuh orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. I ni sudah menjadi keyakinan mereka.
.

Mekah Masa Hadapan

.
Gambar-gambar model Mekah dan Madinah pada masa akan datang. Mengerjakan haji akan mengalami perubahan. Namun rukun haji tetap tidak berubah.


Masjid selepas empat (4) tahun.

Projek perumahan bermula dekat Tanah Haram.

Kaabah akan ditutupi oleh empat (4) payung berukuran besar.


Masjidil Haram akan kelihatan begini nanti.


Keretapi letrik akan bermula dari Masjidil Haram ke Mina,
Mina ke Muzdalifa dan Muzdalifa ke Arafah.

.

Apakah Alasan Kita?

.
Apakah alasan kita untuk meninggalkan sembahyang walaupun dalam keadaan yang senang? Islam makin berkembang di Eropah serta Amerika dan sedang mengukuhkan kedudukannya tetapi sayang anak melayu sedang hanyut dengan angan-angan dan mimpi-mimpi sementara dunia dan semakin menjauhkan Islam. Apakah alasan kita sewaktu menghadap Rabbul A'lamin di Mahsyar kelak.
























.

Berita Hangat